Ini bukannya ‘PHP’,
bukan juga HTML,
ini cuma pengatucaraan ‘Hati’,
Agar kau jatuh hati kepadaku….
Aku hanya ingin membuka kata-kata ku dengan ‘HTML’,
memasukkan input ‘cinta’ pada jari-jemari kekuncimu,
agar kamu mengerti…
yang aku telah jatuh cinta kepada mu….
Wajahmu umpama paparan skrin kepadaku,
logik pengatucaraanku adalah kata-kata cinta kepadamu…
kerana gegelung ‘switch & case’ ini..
selalu sahaja membuatkan aku tergila bayang ingin bersamamu…
Aku telah jatuh cinta kepadamu,
pada pandangan pertama bertemu dengan mu,
walaupun aku tahu ‘RAM’ cinta yang ada padaku,
belum tentu cukup laju untuk meluahkan perkataan ‘cinta’ kepadamu..
Aku inginkan kamu…
aku mahukan setiap susunan puisi cinta ‘java script’ku ini,
meresap jauh ke dalam unit CPU hatimu,
kerana aku ingin membuatkan degupan MHz jiwamu,
selalu laju ketika bersua denganku..
Ini bukannya ‘PHP’,
bukan juga HTML,
ini cuma pengatucaraan ‘Hati’,
Agar kau jatuh cinta kepadaku….